Sponsored Event


Tips Yang Boleh Bantu Korang Tidur Dengan Lena


#21Hari21Entry
#Day18

Melihatkan gaya hidup masyarakat masa kini yang semakin sibuk dan sesak dengan pelbagai rutin harian yang penting, waktu tidur kadangkala terjejas sehingga menyebabkan tubuh jatuh sakit. Susah tidur di malam hari boleh buat kita stress. Badan dah penat, mata dah mengantuk tapi kenapa susah sangat nak tidur, esok mesti mengantuk dan rasa penat memanjang sebab tak cukup tidur. Kurang tidur sebenarnya penyebab utama kita susah fokus pada kerja, buat kita serabut dan asyik nak marah.

Sebab itulah tidur yang cukup itu penting! Tapi bagaimana nak mendapatkan tidur yang cukup apatah lagi lena. Apa kata korang cuba tips kat bawah ni.

Lakukan senaman minimum dalam 30 minit sehari boleh mengatasi masalah susah tidur mengatasi sulit tidur. Aktiviti ini boleh menstabilkan suhu tubuh manusia dan mengurangkan rasa tidak selesa serta depress. Senaman di siang hari membantu untuk lebih mudah terlelap.

Segera matikan lampu time nak tidur. Dalam keadaan gelap, tubuh akan mempengaruhi pembentukan hormon melatonin yang membuatkan kita cepat mengantuk. Kalau taknak gelap sangat, pakai lampu yang sinarnya lembut dan tenang. Elakkan memilih lampu yang warnanya putih terang seperti neon kerana ia memiliki komponen warna biru cukup kuat yang dapat mengganggu proses tidur.

Jangan tengok hp/laptop/komputer. Kesemua benda ini sama-sama memiliki komponen warna biru pada cahaya yang disebarkan, seperti lampu neon. Ia sememangnya mengganggu jadual tidur dan sebenarnya boleh buat kita bertambah stress dengan sinaran biru itu.

Jika hobi membaca buku sebelum tidur, pilih bahan bacaan yang ringan dan relax. Jangan sesekali bebankan fikiran dengan bacaan yang berat kerana ini menyebabkan otak terpaksa berfikir dan bekerja lagi!

Jaga pemakanan terutamanya makan malam. Elakkan makan berlebihan, makanlah sekadar yang mampu supaya tubuh kita boleh berehat dengan baik di malam hari.

Cuba mandi dengan air suam sebelum tidur. Ini boleh membantu menenangkan minda dan menyelesakan badan.

Wujudkan persekitaran yang selesa. Pilih tilam yang sempurna, bantal yang selesa..of course laa teman rekemen bantal hotel DAG, cadar yang lembut dan sejuk, sistem penghawa dingin dipasang dengan baik, jika gunakan kipas pastikan tidak bising.

Dengar muzik yang menenangkan. Ia boleh meningkatkan kualiti tidur, cuba dengar muzik klasik, rakyat, atau kontemporari atau muzik lain yang mampu menenangkan anda.

Tetapkan masa bangun dan tidur setiap hari. Tidur pada masa yang sama setiap hari adalah idea yang baik untuk menjaga masa bangun tidur yang konsisten – walaupun pada hujung minggu. Tidur tidak teratur boleh menyebabkan anda penat di siang hari.

Minum sesuatu yang hangat. Minuman panas seperti segelas susu panas, coklat panas ataupun teh dapat berikan ketenangan. Air suam pun turut membantu.

Semoga tips ini membantu!

Yang suka tidur,
Premium Reseller Fid
Ex-IT Specialist

2 comments