Sponsored Event


Mohon Terus Lulus..Dapat Banyak Fulus..Tapiii


#21Hari21Entry
#Day12

Korang pening kepala sebab tak cukup duit belanja?..kadang-kadang rasa kecewa kerana tengok orang lain shopping selamba?..dalam hati nak jugak merasa..nak jugak join sekali bersama..nak jugak jadi macam mereka-mereka yang viral trending semasa..nak jugak ada apa yang dia ada

Tapi korang jangan sampai pergi isi borang..tiba-tiba keluar wang berkoyan..korang jangan goyang dengan tawaran pinjam dulu bayar kemudian..memang kalau mohon terus lulus..tandatangan terus..siapa yang tanak berlambak fulus..tapi cara macam ni..korang nak duit, dapat sekali "bunga"..silap cara nanti, rumah boleh sampai kena sita..sebab takde duit untuk bayar bunga..kadang-kadang ada yang sampai boleh naik gila..rumah takde taman, masih ada bunga

Sebab tu orang selalu kata..bukan senang nak senang..dan bukan susah nak susah.."bagi modal RM500, dalam seminggu jadi RM50,000 tanpa perlu buat apa-apa"..memang manis bunyinya, tapi pahit rasanya..nanti modal lesap, untung entah ke mana..rasa jeles dengan kejayaan orang tu bagus, kalau jeles tu dijadikan pembakar untuk korang usaha capai apa yang diorang capai

So apa korang boleh buat untuk jana pendapatan tambahan?..jom laa berbisnes..untuk permulaan, tak perlu sampai jadi founder..pening nak keluar produk sendiri..cari dulu brand yg stabil, yang orang cari, yang senang jual..jadi dulu reseller/ejen jual produk orang lain..ciri-ciri produk yang korang boleh pilih untuk jadi reseller/ejen lebih kurang macam ni : 

  • modal rendah
  • margin untung tinggi
  • brand yang orang dah kenal
  • barang yang senang jual
  • brand yang customer feedback bagus
  • brand yang marketingnya bagus

Salah satu daripada brand yang ada ciri-ciri kat atas ni adalah Das Abdul Global (DAG)..tapi bila dah join, dah jadi reseller tu..jangan pulak goyang kaki tunggu customer cari..kena ada effort promote hari-hari kat pelbagai platform..Facebook, Instagram, Youtube dll..jangan sehari dua promote, takde customer yang membeli, korang dah give up..kalau jenis yang macam tu baik ambik bantal sebundle hempuk atas kepala..korang bukan retis mcm Nelopa, Mawau Racid yang dah sedia ada followers..asal keluar produk je orang dah beratur nak membeli

Kalau korang perhatikan trend reseller DAG sekarang ni..ramai yang buat carboot sale..diorang cari lokasi yang jadi laluan utama atau kawasan tumpuan..so potential customer tu tinggi..goyang bantal tepi jalan bagi orang nampak..lepas tu kena konsisten..sehari bukak cbs, takde orang..esok bukak lagi, takde orang..takpe, teruskan aje..sebab awal-awal orang baru tertanya-tanya "apa benda dia jual tu?"..lama kelamaan insyaAllah diorang akan singgah jugak..pegang pada peribahasa reseller DAG, "biar bangau, asalkan konsisten"..maknanya walaupun hari tu takde sale, duk melangu je..tapi kekal jugak bukak di lokasi yang sama, masa yang sama..faham ke faham?



Yang bercbs,
Premium Reseller Fid
Ex-IT Specialist

1 comment