Sponsored Event


KAU HIDUP LAGI KE TAK SEKARANG NI?


#21Hari21Entry
#Day1

KAU HIDUP LAGI KE TAK SEKARANG NI?

Ayat kat atas ni laa yang keluar dari mulut kawan baik aku Aizal, beberapa bulan lepas aku diberhentikan kerja. Bunyi macam kasar kan tapi maksud dia mendalam.

Julai 2018, genap setahun aku meninggalkan dunia berkerjaya makan gaji. Pada Julai 2017, time tu baru je lepas naik cuti raya, bos bagitau, "Fid, I am sad to inform you that all contract employees will be released. It's an instruction from IBM Global".

Jujur, aku senyum masa dengar berita tu. Tapi senyuman tu kelat, kosong. Lepas jumpa bos tu aku sambung semula kerja. Time tu tangan bergerak buat kerja, troubleshoot laptop tapi fikiran takde kat opis. Melayang terkenangkan anak bini kat rumah. Apa nak cakap kat diorg. 😭

Then aku mesej laa kawan aku Aizal, tanya dia kot tau mana2 ada kerja kosong n cerita apa jadi. Dia laa yang cadangkan aku buat bisnes kecil2 sementara dapat kerja baru. Dia gak yang bagi semangat kata ada rezeki, cuba je berniaga dulu. So jumpa laa dia, belajar sikit itu ini. Then decide untuk menongkah arus menjual tudung, jadi Mr. Hijab. 😂


Dengan sedikit modal hasil dari pampasan, aku mula jual tudung. Belajar ni jenis2 tudung yang trending. Tengok tutorial video cara pakai. Bukak satu2 page yang jual tudung, study posting diorang. Alhamdulillah ada yang berminat nak beli. Mak dan adik pun tolong promote pada kawan diorang. Tapi hati still berkata "macam ada yang tak kena, tak berapa nak into sangat jual tudung ni".

Dari jual tudung, aku decide untuk tambah jual pakaian dan peralatan sukan sebagai dropship. Pada pendapat aku, aku suka dengan sport, so mungkin boleh jual. Memang ada permintaan tapi still takleh cover komitmen bulanan. Duit pampasan n simpanan kian susut. Time tu dah bulan November, bermakna dah 4 bulan aku menanam anggur. Mak abah pun duk risau aku berniaga, takde steady income.

Disember 2017 aku berkenalan dengan DAG. Join sebagai reseller pada awal Disember dan dihujung Januari 2018 dah upgrade jadi Premium Reseller. Awal2 takde laa mewah tapi komitmen dah boleh cover. Makin hari makin stabil jualan. Walaupun dalam hati masih mengharap untuk ada kerjaya semula (sampai laa sekarang masih mencuba), tapi masih belum ada rezeki. Jadi kekal laa dengan DAG sebagai sumber rezeki tetap.

Bila jumpa balik kawan aku Aizal ni beberapa bulan selepas join DAG, tu laa ayat pertama dia tanya aku. "KAU HIDUP LAGI KE TAK SEKARANG NI?" Hidup kan? Boleh makan kan? Bukan kerja opis je boleh hidup". Aku senyum je sebab sekarang aku paham maksud dia.

Kalau ada yang tanya, income jual bantal ni sama ke dengan income last masa kat IBM tu? Jawapan aku, lebih kurang. Nak lebih, pulun jual lebih. Nak kurang duduk sajer laa, dapat laa kurang. Tapi tetap dapat jugak tu. ðŸ˜†

Seriously ini kisah aku sendiri sebagai Reseller DAG. Panjang lagi sebenarnya kisah dia. Alhamdulillah mak abah pun dah boleh terima aku berniaga (mak still kurang yakin sikit, hehe). Abah pernah cakap dalam kereta masa keluar berdua, "Kalau ini rezeki kau Along, buat betul2". InsyaAllah aku akan buktikan yang bisnes pun boleh hidup.

Jutaan terima kasih pada isteri yang sentiasa ada di saat jatuh bangun aku, pada mak abah yang bagi restu untuk aku berniaga, pada kawan aku Aizal yang kenalkan aku dengan dunia bisnes, pada ex-bos yang still cuba bawak aku masuk semula ke IBM, pada PR Tuan Fadzil Jamal, ML Kak Yah yang banyak memberi tunjuk ajar, pada bos Tuan Das Abdul dan Madam Sapinah yang banyak memberi support kepada reseller dan pada semua usahawan2 DAG especially team KYG serta kawan2 yang menyokong dengan membeli bantal hotel DAG dengan aku.


Nak jana pendapatan tambahan?..whatsapp aku kat 0192270903 kita sembang tepi, kita kasi jadi..aku tak kata aku hebat bisnes, tapi kita sama2 buat untuk naik.

Ikhlas,
Premium Reseller Fid
Ex-IT Specialist

No comments