Sponsored Event


Kisah COD Seram 1 - Sesat Dalam Kelapa Sawit



#21Hari21Entry
#Day2

Setiap kerja yang kita buat, pasti ada pengalaman yang sukar dilupakan..begitu jugak dengan kerja berniaga bantal DAG ni..COD adalah antara cara kami reseller DAG berjumpa dengan pelanggan mereka..namun adakalanya jalan cerita COD tu tak seindah yang dirancang..kali ni nak cerita satu daripada beberapa kisah seram time COD bantal
========================================================
okay ceritanya macam ni..12 Januari 2019, usai Kelas Sales dan Marketing bersama tuan Das Abdul di Shah Alam..pergi COD pada seorang customer ni kat stadium Shah Alam..time tu dah nk pukul 7 malam..lepas dr stadium, nak COD kat Bandar Saujana Putra..member share location..kita pun terus tekan location dan bukak guna google maps..follow je laa laluan yg diberikan

smpi kat tol Saujana Putra..maps suruh belok kanan kat bulatan..then terus je, cross jambatan..pastu masuk jalan kampung..dh pelik dah sebab Bandar Saujana Putra ni perumahan yang agak padat..kenapa kena ikut jalan kampung?..tp ikutkan jugak laa..smpi hujung jalan kampung tu, simpang 3..belok kanan ke Kg Seri Cheding..lagi mcm pelik..rasanya Kg Seri Cheding ni kat Banting..tp map suruh belok kiri n terus masuk susur kiri tu..masuk jalan kampung lagi

Kata orang sana, ni jalan belakang jumpa kampung orang asli

jam dah nak 7.30 malam..folo punya folo instruction Google Maps..tiba² dah ada dalam ladang kelapa sawit..alamak..tp dh dekat dgn destinasi..jalan shortcut kot..teruskan laa jugak..tiba-tiba jumpa kuil lama, jumpa mcm tanah perkuburan India, lepas tu kuil lagi..ah sudah..hati dah dup dap..dah laa Maghrib ni

then nmpk dh taman rumah member..tp kat bawah bukit..ladang ni atas bukit..dan antara taman n ladang ni berpagar..mmg tak boleh masuk ke taman tu..decide utk pusing balik..tp map dh tak tunjuk laluan asal..battery hp dah low..cuba ingat balik jalan masuk tu..pusing² dalam ladang tu, smpi tmpt sama tepi pagar taman tu..hari dh gelap..nk dekat 30 minit dah ni pusing dalam ladang tak jumpa jalan keluar

teringat berita yg perempuan sesat dlm kelapa sawit beberapa hari sebelum tu sampai panggil bomba tu..kepala dah pikir macam², bukan²..seram, risau semua ada..jeling² gak cermin sisi n belakang walaupun takut ada yg tersenyum..tp nampak si putih je elok baring kat seat belakang (bantal tau, bukan benda lain)..berhenti kejap dalam gelap tu..tarik nafas, tenangkan diri, selawat 3 kali..cuba lagi sekali

Keratan berita wanita sesat kat ladang yang sama

Alhamdulillah akhirnya percubaan lepas tu dapat jumpa balik jalan ke Kg Seri Cheding..tgk jam dah nak 8.30 malam..maknanya hampir sejam dalam ladang tu..susur balik jalan dtg tadi..jumpa tol Saujana Putra..berhenti jap tepi, tgk balik map..study jalan sendiri yg dekat n logik..tp Google Maps tetap suruh ikut jalan ladang tadi

akhirnya jumpa gak rumah member..tak jauh dr tol Saujana Putra rupanya..10 minit je dari tol tu..tp jalan yg Google Maps bawak tu 25 minit..cerita ngan member tu..dia kata kat ladang tu laa yg masuk berita perempuan sesat tu..dah ramai kena, Waze ngan Google Maps bawak jalan ladang..huhu

Yang merah tu jalan sebenar, yang biru tu jalan yang dibawak, bulatan hitam tu ladang

Alhamdulillah tak ada apa² kejadian yg tak diingini..tp sepanjang lepas keluar dr ladang tu mmg rasa meremang je..cerita kat group KYG..lepas tu Juragan share beberapa petua..singgah R&R Rawang, buat sikit petua tu..kebetulan dalam kereta ada air Zam Zam..minum sikit buat pulih semangat

Alhamdulillah selamat sampai Tg Malim..pesan kat wife letak tuala n baju salin sepasang kat luar n bawak anak² masuk bilik dulu..salin kat luar rumah, tinggalkan baju yg pakai kat luar..masuk mandi kat bilik air dapur..br masuk bilik jumpa anak²..tp hari esoknya terus rasa nak demam..pengalaman sungguh..huhu

Korang ada pengalaman yang menarik, seram, kelakar time COD?

Nanti akan menyusul Kisah COD Seram 2 - COD ke Rumah Usang Di Atas Bukit

Yang mengalami,

Premium Reseller Fid
Ex-IT Specialist

14 comments

  1. Cerita ni memang seram. Agaga..🥶

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kena tu mmg seram Kak Yah..tp skrg jd pengajaran, jangan percaya bulat2 pada teknologi

      Delete
  2. Replies
    1. haha..ada 2 siri lagi..Rumah Usang Di Atas Bukit, dan Pelanggan Wanita Rumah Tinggal

      Delete
  3. jgn percaya waze 100% 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Waze mmg kurang yakin sikit..tp Google Maps tak pernah buat naya..ni first time..hehe

      Delete
  4. Kalo sy sorg ape ye nak buat??. Haha

    ReplyDelete
  5. Kalau kat johor singapore boleh masuk mj 12 ni..

    ReplyDelete
  6. Seram..mahu nagis klu kena gini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?..terpikir gak kalau perempuan yg kena..malam pulak tu..yg laki ni pun dh goyang jiwa

      Delete
  7. 😫😫😫😫😫😫

    i rasa if kat situ sorang2 mesti nangis sampai esok harinya kalau tak ada yang menolongnya

    ReplyDelete