#21Hari21Entry
#Day14
Selain copywriting dan content yang baik, gambar yang menarik juga menjadi salah satu tarikan untuk orang lain untuk berhenti scroll hp mereka dan baca posting korang..lebih-lebih lagi untuk Instagram yang 100% fokus pada gambar..jadi kali ni teman nak share beberapa photo editing apps yang teman suka dan selalu guna kat handphone
1. Layout for Instagram
Layout for Instagram ni adalah apps yang boleh digunakan untuk gabungkan beberapa gambar menjadi satu gambar segiempat sama..korang boleh pilih sehingga 9 gambar, kemudian pilih layout yang disediakan dan seterusnya edit saiz, border dan beberapa lagi fungsi editing yang lain..gambar yang terhasil akan disimpan dalam dimensi segiempat sama yang sesuai untuk posting di Instagram.
Picsart adalah satu apps yang best untuk photo editing..di dalamnya ada banyak tools dan effects yang menarik untuk korang try and error..teman suka guna apps ni utk masukkan logo DAG jenis PNG ke atas gambar lain menggunakan feature "Add Photo".
3. Snapseed
Snapseed ni pun salah satu apps feveret..sebab kat sini boleh tukar2 style gambar dengan effect yang sedia ada..selain tu boleh masukkan text kemudian pilih template susunan text yang disediakan..sesuai untuk add no hp, lokasi kita ke atas gambar lain yang menjadikan gambar tu simple tapi padat dengan info.
4. 9square
Okay, apps 9square ni khas untuk Instagram..pernah tak nampak mana-mana Instagram yang korang follow..diorang post beberapa pecahan gambar dan bila disusun menjadi satu gambar besar..memang menjadikan view Instagram tu menarik..dengan apps ni..kita boleh pilih nak pecahkan satu gambar tu jadi 3x1 ke, 3x3 ke..terpulang pada kehendak korang..then lepas gambar tu dah dipecahkan, korang kena upload satu persatu gambar tu ke Instagram mengikut susunan yang telah diberikan.
AfterFocus adalah satu apps yang fungsinya untuk mengkaburkan bahagian-bahagian dalam gambar..mungkin dalam gambar yang kita nak post tu ada info yang perlu diselindungkan, contohnya macam nombor plat kereta, nombor akaun pelanggan, nombor telefon pelanggan..jadi dengan AfterFocus ni, korang boleh pilih bahagian mana yang ingin dikaburkan dan bahagian mana yang nak dibiarkan seperti biasa.
6. Phonto
Last sekali, Phonto..apps ni simple..untuk add text dalam gambar..tapi yang bestnya..dia ada banyak settings..bukan sekadar masukkan text je..boleh set drop shadow laa, boleh tambah stroke pada perkataan tu, boleh set opacity (kelegapan; korang cari maksud kat Google kalau tak faham)..then ada pelbagai pilihan Font sedia ada dan yang lagi bestnya, korang boleh install Font kegemaran korang sendiri ke dalam apps ni.
So ini laa antara apps feveret teman yang selalu digunakan untuk simple photo editing dalam handphone..mungkin korang ada apps lain yang jadi kegemaran korang..boleh laa share2 kat komen..boleh laa teman try godek-godek kot laa best jugak kan?
Yang suka edit gambar,
Premium Reseller Fid
Ex-IT Specialist
No comments