#21Hari21Entry
#Day6
Dalam hidup ni, memang ada pengorbanan yang kita perlu lakukan demi orang yang tersayang..ini cerita hidup aku demi "big why" aku..anak dan isteri-isteri aku..silap..anak-anak dan isteri aku
2012 - tahun perkahwinan..time tu aku belum kerja tetap..buat 3 kerja dalam satu masa..pagi masuk opis buat image processing di Sigmax-e..petang turun stadium MMU selaku asst. coach dan asst. manager..malam kerja jadi tukang masak kedai western pak sedara aku kat Puchong..3 kerja tu income tak sampai RM2000..time ni aku dan wife PJJ..aku di Puchong, dia di Kulim..hujung minggu kalau MMU takde game..gerak naik Kulim dengan bas
2013 - berita gembira..ahli baru keluarga dah daftar masuk..maknanya kena doublekan lagi usaha..acaner nak doublekan usaha?..buat 6 kerja?..tapi susunan Allah tu lebih cantik..tak lama lepas wife disahkan mengandung..aku dapat offer kerja di IBM RCC, Cyberjaya..IT Service Desk Specialist..time ni aku gantung boot as asst. coach MMU FC..berhenti kerja image processing..letak senduk dan sudip sebagai tukang masak..masih PJJ..tapi setiap minggu naik Kulim sebab Faidh dah lahir time tu..Jumaat lepas kerja naik bas, sampai Kulim dalam pukul 2-3 pagi..Ahad pagi/tengahari dah gerak balik KL..spend masa tak sampai 48 jam seminggu dengan anak bini..begitu lah setiap minggu..tua dalam bas je
rutin mingguan dulu..naik bas Plusliner ke Kulim setiap hari Jumaat
2014 - dinaikkan pangkat daripada IT Service Desk Specialist ke Subject Matter Expert - ASEAN IGA Team Lead..handle 6 negara atas talian..makin besar jawatan..makin banyak laa kerja..tapi tahun ni laa aku tumbang di Hospital Kulim atas masalah usus..operation kat sana, dan MC sebulan lebih di Kulim..hujung tahun 2014, wife dapat keputusan mengejut dipindahkan dari Kulim ke Tanjung Malim..seronok hati..dah makin dekat..dan aku buat satu keputusan besar iaitu pindah dari Puchong dan tinggal bersama wife di Tanjung Malim
2015 - bermula kehidupan sebagai penunggang kuda besi..ulang-alik Tanjung Malim ke Cyberjaya setiap hari..sejam setengah perjalanan sehala..pergi balik dah 3 jam sehari..keluar subuh anak tak bangun lagi..balik rumah kadang-kadang anak dah tidur..tapi demi mencari rezeki dan nak tengok anak membesar depan mata..aku gagahkan selama hampir 2 tahun
bila hujan, kitorang buat gathering ramai-ramai bawah flyover
2016 - aku buat keputusan untuk resign pada 2017 dan nak cari kerja lain yang berhampiran Tanjung Malim..bukan sebab jauh dan penat jugak..tapi faktor lain seperti anak yang kerap tak sihat dan aku sendiri yang kerap sakit..mungkin keletihan dan stress dengan kerja..sebulan lepas resign dari IBM RCC, dapat offer pulak dari IBM CIC..IT Service Delivery Specialist..based di Pusat Bandar Damansara dan bekerja dengan client IBM iaitu GroupM..aku terima dan kembali berulang-alik ke Damansara pulak dari Tanjung Malim..kalau pergi kerja hujan, buat gathering dengan penunggang lain bawah flyover..kalau balik kerja hujan..redah pelan-pelan sampai rumah..tahun ni gak rebah lagi sekali eksiden on the way nak pergi kerja
kaki koyak motor barai..berbulan gak laa naik tren dr Tg Malim ke Damansara
2017 - kemunculan ahli keluarga baru lagi..anak kedua..tapi tahun tu, lepas raya, aku dimaklumkan yang kontrak aku dengan IBM CIC tak disambung..Ogos 2017 last day aku di GroupM..perasaan?..kosong..sebab tak ready..anak kedua kecik lagi ni..banyak nak guna duit..dapat laa duit pampasan sikit..beberapa bulan lost..duduk rumah termenung merenung nasib..apa nak bagi anak bini makan ni..jumpa kawan baik dan dia suggestkan bisnes kecil-kecilan dl..bincang punya bincang..aku decide nak jual tudung, sambil tu dropship jual alatan sukan..tapi slow sales nye..sampai laa aku jumpa DAG..join bulan 12 2017
2019 - setahun lebih bersama DAG..alhamdulillah belum jutawan tapi mampu tampung apa yang patut..sekarang berjemur tengah panas macam masa jadi coach bola dulu..bezanya dulu lambung bola, sekarang lambung bantal..orang tanya tak malu ke jual bantal..tapi aku bagitau malu tak boleh bayar komitmen bulanan aku..malu tak boleh bagi anak bini aku makan..kalau aku bagitau, hasil jual bantal hampir sama dengan gaji lama aku masa IT Specialist..mesti ramai yang tak percaya..ye ke?..iyerrr..tapi kena rajin laa..ni bukan makan gaji..kerja buat ke tidak..hujung bulan beratur kat ATM cucuk gaji..ini kena buat, buat, buat..hari-hari beratur kat CDM masukkan duit dalam akaun sendiri..masa dengan anak pun dah banyak..takde dah travel jauh² redah hujan, layan kereta lalu emergency lane dll..best ke best?
semua aku buat dari dulu..dari sanggup kerja 3 pekerjaan dalam satu masa..naik Kulim setiap minggu..ulang-alik Tg Malim-Cyberjaya hampir 2 tahun..ulang-alik Tg Malim-Damansara setahun..berjemur tengah panas jual bantal..semua ni adalah demi BIG WHY aku..demi anak-anak dan isteri aku..apa big why korang?..dan apa korang sanggup buat demi big why korang tu?..share sikit dalam komen.
dari padang bola ke dapur ke ofis aircond ke tepi jalan..semua demi BIG WHY
Yang sedang mengubah hidup,
Premium Reseller Fid
Ex-IT Specialist
Anda hebat!
ReplyDeleteTerbaik sharing fid.. Semoga dimurahkan rezeki 😊
ReplyDeleteInspiring😊😊
ReplyDelete