Sponsored Event


(18 SG) Orang Mengata Sebab Diorang Tak Tau


#21Hari21Entry
#Day19

Post ni ngeri sikit..kalau tak boleh tengok darah-darah ni..takyah baca laa kot

"Badan kau dah macam bantal DAG aku tengok ni".."Kau ni bila nak kurus Fid?".."Berapa bulan dah pregnant Fid?..dari dulu tak bersalin lagi?".."Hari-hari berjemur jual bantal, tak terbakar gak lemak kau ek?"..tu antara ayat-ayat gurauan yang selalu aku dengar dari kawan-kawan..respond aku?..gelak je laa..sebab aku tau diorang tak tau apa-apa..dan malas nak cerita..panjang sangat..hehe

Siapa taknak kurus kan?..siapa taknak nampak smart kan?..tapi ada sebab aku kekal macam ni..bukan malas nak bersenam..cerita sebenarnya..2011 aku di bedah di Hospital Putrajaya sebab apendiks pecah dalam perut..2 minggu aku di hospital sebab infection..tempat pembedahan terpaksa dibuka semula untuk dicuci setiap hari..dan doktor pesan lepas operation, 3 bulan untuk luka sembuh, 6 bulan untuk boleh buat aktiviti ringan, 12 bulan baru boleh mula senaman semula



luka operation yang dibuka semula pada 2011

Tapi kita ni merancang, Allah tentukan segalanya..aku berehat dari bersukan hampir 2 tahun..pada sangkaan aku segalanya dah heal..so awal 2014 aku mula ke gym semula..tapi rupanya luka operation tu belum heal sepenuhnya dari dalam..ada sedikit gap yang menyebabkan usus aku terkeluar melalui ruang tu dan melekat di bawah kulit perut..ini disebabkan tekanan dari senaman yang aku buat macam sit up, leg press dan sebagainya..dan condition ni dipanggil Incisional Hernia

Oktober 2014 aku sekali lagi dibedah..kali ni di Hospital Kulim sebab wife aku kerja kat sana time tu..doktor decide untuk masukkan plat mesh untuk support muscle perut dan menghalang usus itu utk menyelit keluar lagi..sebulan aku mc dan duduk terbaring je kat rumah..buang air besar pun tak berani teran sebab mesti darah akan meleleh dari tempat luka tu


contoh mesh yang digunakan

gambaran kondisi Incisional Hernia

Ini laa mesh (kepingan jaring sintetik) yang tertanam di dalam badan aku..lebih tepat di belah kanan perut saya..tu gambaran sebahagian usus yang terkeluar melalui satu lubang kecil (luka operate apendiks yang tidak tertutup sepenuhnya dari dalam) dan mengelembung di bawah kulit..nampak macam belon kembang kempis kat bahagian yang terkesan bila bernafas

Sekarang Alhamdulillah semuanya okay..cuma..tak boleh berjogging sebab akan rasa keras n cramp kat tempat mesh tu..tak boleh berdiri lama sebab akan rasa sakit kat tempat mesh tu..apatah lagi nak buat senaman macam sit up, planking tu semua..sekarang kalau CBS pun kejap-kejap duduk..dukung anak pun tak boleh lama-lama

Sejujurnya aku dulu sangat aktif dalam sukan..hoki, sepak takraw, dragon boat, rowing..semua aku wakil universiti..training hari-hari..tapi bila dah mengalami kecederaan macam ni..aku stop semua dan badan naik mendadak..pastu dah susah nak turunkan..skrg cuma control makan supaya tak makin naik je laa..tapi makan kan..susah nak control..hehe

Tapi takpe..aku tau yang korang tak tau dan tak paham..sebab tu korang gurau gitu..hehe

Yang nak bagitau,
Premium Reseller Fid
Ex-IT Specialist

1 comment

  1. izin share ya admin :)
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Line : agen365
    WA : +855 87781483 :)
    Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)

    ReplyDelete