Sponsored Event


Hama Debu Rumah - Punca Masalah Alahan


#21Hari21Entry
#Day5

Hama Debu Rumah Punca Masalah Alahan

Orang-orang kampung zaman dahulu sangat teliti, dan setiap yang mereka lakukan ada logiknya. Pernah tak anda terfikir, kenapa agaknya orang-orang kampung dahulu kerap menjemur tilam dan bantal di bawah terik matahari? Tentu sekali bersebab. Untuk mematikan HAMA.

Pada waktu itu, tilam dan bantal mereka diperbuat daripada bahan organik seperti kapas dan kekabu. Tilam dan bantal jenis ini adalah tempat utama yang selalu dipenuhi oleh hama debu rumah atau dust mites. Ini kerana sifatnya yang memerangkap lembapan seperti peluh dan kotoran seperti sel kulit mati sewaktu tidur yang menjadi makanan utama kepada hama ini.


Ramai yang tidak sedar bahawa tahi hama debu rumah mengandungi bakteria dan enzim. Tahi hama ini perlahan-lahan menjadi habuk halus yang bertaburan di bantal dan tilam selain berterbangan di sekitar rumah. Setiap hari kita menghirup udara rumah yang dicemari kumuhan hama ini. Dan kajian menunjukkan, tiga hingga empat peratus penduduk dunia dan 80 peratus pesakit asma alah kepada sisa kumuhan hama debu rumah.


Dengan teknologi terkini, maka terhasil satu bahan sintetik yang dipanggil fiber. Bahan ini dilihat semakin memanipulasi industri pembuatan kelengkapan bilik tidur seperti bantal, selimut dan lain-lain. Selain mempunyai pelbagai gred, teknik pembuatan fiber yang berbeza memberikan hasil kelembutan atau kepadatan dan juga tempoh ketahanan yang berbeza kepada setiap produk


Das Abdul Global adalah antara jenama yang menggunakan bahan sintetik ini di dalam produknya. Antara contoh, bantal hotel jenis H-Classic menggunakan Polyester Fiber jenis Hollowfill yang mempunyai ruang udara di antara fiber tersebut. Dengan sifatnya yang tidak menyerap lembapan dan kotoran, ianya tidak menarik hama debu rumah untuk berkumpul, menjadikan bantal ini antara pilihan terbaik bagi mereka yang mempunyai alahan dan asma.


Yang memberi info,
Premium Reseller Fid
Ex-IT Specialist

10 comments

  1. Bantal hotel DAG anti hama. Terbaiklah kalau customer pilih bantal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..sbg reseller lagi bertuah..segala jenis dh dicuba

      Delete
  2. Replies
    1. klik icon whatsapp tu terus..segera..pantas 😁

      Delete
  3. Info yg baguz.. thanks for sharing

    ReplyDelete
  4. Sejak knl DAG mmg tak guna dah bantal lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..skrg sy guna diamond, anak guna hclassic, wife guna kapok..yg kecik guna LC

      Delete