Sponsored Event


Facebook Down, Instagram dan Whatsapp Juga Terkesan

Kredit photo : www.bbc.com

#21Hari21Entry
#Day3

Beberapa produk Facebook mengalami gangguan, yang memberi kesan kepada jutaan pengguna di seluruh dunia.

Produk utama Facebook, perkhidmatan Messenger, laman perkongsian imej Instagram dan aplikasi pesanan WhatsApp semuanya terganggu.


Punca gangguan itu belum diketahui, atau belum dimaklumkan kepada umum.


"Kami sedar bahawa sesetengah orang sedang menghadapi masalah mengakses keluarga aplikasi Facebook," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.


"Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini secepat mungkin."

Syarikat itu berkata, gangguan itu bukan hasil daripada serangan Distributed Denial of Service, yang dikenali sebagai DDoS - sejenis serangan siber yang melibatkan sasaran aplikasi dengan jumlah trafik yang sangat tinggi.


Walaupun perkhidmatan utama Facebook boleh dibuka, pengguna melaporkan tidak dapat menyiarkan sebarang post.

Pengguna di Instagram tidak dapat "refresh feed" atau menghantar post baru. Versi desktop Facebook Messenger tidak boleh load - tetapi aplikasi mudah alih dilihat membenarkan penghantaran beberapa mesej, tetapi pengguna melaporkan gangguan dengan jenis kandungan seperti imej yang tidak boleh dihantar. WhatsApp, aplikasi pemesejan Facebook yang lain, turut mempunyai masalah yang sama.


Sumber berita dari BBC.com


Yang menyampaikan maklumat,
Premium Reseller Fid
Ex-IT Specialist

13 comments

  1. Betul la.. fb personal tak function pagi ni. Tapi fb page okay..tak ada masalah

    ReplyDelete
  2. Patutla semalam duk refresh feed kat ig tak dapat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa Kak Yah..saya yg jenis tidur lewat tengok post²..terus tidur awal..hehe

      Delete
  3. Sya wat posting pkul 1 pagi tak lepas

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Terus test post fb. Ok pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg okay..tp ramai yg tak boleh..ada yg page boleh, personal tak boleh dan sebaliknya

      Delete
  6. Terima kasih fid, sharing,👍

    ReplyDelete