Sponsored Event


4 Sebab Mengapa Tidur Adalah Penting


Tidur waktu malam adalah penting , malah, ia sama pentingnya dengan makan makanan yang sihat dan juga bersenam bersenam.

Manusia kini kurang tidur akibat daripada pelbagai faktor .

Berikut adalah 4 sebab mengapa dapatkan tidur yang cukup adalah penting.

- Tidur Yang Tidak Mencukupi Boleh Membuat Anda gemuk

Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan penambahan berat badan .
Tempoh tidur yang singkat adalah salah satu faktor risiko terkuat untuk menhidap penyakit obesiti.

Dalam satu kajian menyeluruh, kanak-kanak dan orang dewasa dengan tempoh tidur yang singkat 89% dan 55% lebih, berkemungkinan untuk  menghidap penyakit obesiti adalah tinggi.
Sekiranya anda cuba untuk mengurangkan berat badan, dapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi adalah sangat penting.

Ringkasan
Tempoh tidur singkat dikaitkan dengan risiko peningkatan berat badan dan obesiti secara drastik, di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.


- Kurang Tidur Cenderung Makan Makanan Tinggi Kalori

Kajian menunjukkan bahawa individu yang kurang tidur mempunyai selera yang lebih besar dan cenderung untuk makan makanan yang lebih banyak kalori.

Kekurangan tidur mengganggu hormon selera makan dan dipercayai menyebabkan selera makan yang tidak teratur.

Ringkasan
Tidur tidak mencukupi memberi kesan buruk kepada hormon yang mengawal selera makan. Mereka yang mendapat tidur yang mencukupi cenderung makan lebih sedikit kalori berbanding mereka yang tidak.


- Tidur Yang Mencukupi Kurang Memiliki Risiko Penyakit Jantung dan Strok

Tempoh tidur yg tidak mencukupi boleh memberi kesan besar kepada banyak faktor dan risiko kesihatan.
Ini adalah faktor yang dipercayai memacu penyakit kronik, termasuk penyakit jantung.

15 kajian mendapati bahawa orang yang tidak mendapat tidur yang mencukupi mempunyai risiko yang tinggi untuk mrnghidap penyakit jantung atau strok adalah lebih besar daripada mereka yang tidur 7-8 jam setiap malam.

Ringkasan
Tidur kurang dari 7-8 jam setiap malam dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan strok.


- Tidur Yang Tidak Mencukupi Boleh Dihubungkan Dengan Kemurungan

Isu-isu kesihatan mental, seperti kemurungan, sangat berkait rapat dengan tidur yang tidak mencukupi dan gangguan semasa tidur.

Dianggarkan 90% orang yang mengalami kemurungan mengadu tentang kurang tidur.
Tidur yang tudak mencukupi juga dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian akibat bunuh diri kerana stress yang melampauMereka yang mengalami gangguan tidur seperti insomnia atau apnea juga melaporkan kadar kemurungan yang lebih tinggi.

Ringkasan
Kurang tidur sangat berkait rapat dengan kemurungan, terutamanya bagi mereka yang mengalami gangguan semasa tidur.

No comments