Sponsored Event


Nak Bermula Tu Mudah, Nak Konsisten Tu Yang Susah


Masuk hari ni..dah hari keempat aku mulakan rutin baru petang hari..iaitu slow walk @ light walk keliling tasik di Taman Tasik Embayu, Proton City..jarak pusingan keliling tasik dalam 1.5km rasanya..tak pernah trace exact jarak nye..mulanya rutin ni Sabtu lepas..bawak anak-anak main taman permainan..then cakap dengan wife, "rasa nak ronda keliling tasik laa"..wife pun okay je..dia layan Faris..dengan hanya bersandal aku bawak Faidh jalan-jalan

Habis satu pusingan..baju lencun dengan peluh..Faidh dah mintak air..dia ni tak boleh berpeluh sangat sebab eczema..lama rasanya aku tak berpeluh macam ni..pastu sambung layan anak-anak main buih sabun tu..menjelang Maghrib kitorang gerak balik..lepas mandi semua..badan rasa macam sedap n ringan..bagitau laa kat wife.."rasa nak turun tiap-tiap petang laa slow walk bagi keluar peluh"..wife kata bagus gak tu sebab aku lama dah tak bersenam

Hari Ahad petang..semangat dah ni..bawak kasut jogging yang dah lama terperam..sampai je kat tasik..baru nak mula jalan..tapak kasut tanggal..haha..dugaan pertama..tukar pakai sandal..teruskan jugak plan nak jalan tu..dapat 2 round..memang peluh tak hengat laa..lebih dari semalam..balik tu beli gam kasut..nak tampal tapak kasut

Isnin petang, tunggu wife sampai rumah dari opis baru nak gerak gi tasik..elok je kereta wife parking depan rumah..hujan turun..haha..dugaan kedua..tapi sebab cuaca kat sini tak boleh jangka..kadang-kadang taman ni hujan, tempat lain tak hujan..gerak jugak ke tasik dan Alhamdulillah..tak hujan kat situ..dapat 2.5 round..tak dapat nak completekan 3 round sebab dah Maghrib

Petang tadi hari keempat..lepas pos bantal kat ABX, terus gerak ke tasik..sampai tasik dalam pukul 5.30..seronok dah ni..sampai awal..boleh laa layan 3-4 round hari ni..rupanya tak jugak..baru satu setengah round..hujan turun..cepat-cepat patah balik ke kereta n gerak balik..haha..macam-macam halangan, rintangan bila kita nak buat benda baik ni

Sama jugak dalam bisnes..contohnya nak cbs..nak mula hari pertama tu okay je..tapi nak konsisten hari kedua, ada urusan itu laa..nak bukak hari ketiga, kena hantar anak laa..nak bukak hari keempat, kereta pulak buat hal..tapi selagi kita sendiri NAK buat..insyaAllah dugaan dan rintangan tu akan dapat kita lalui..ada urusan? selesai urusan tetap jugak bukak cbs..kena hantar anak? lepas hantar anak terus pergi cbs.."Nak Bermula Tu Mudah, Nak Konsisten Tu Yang Susah"..tapi pucuk pangkal dari kita sendiri

Faham ke faham?

Yang cuba konsisten,
Premium Reseller Fid
Ex-IT Specialist

1 comment

  1. izin share ya admin :)
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Line : agen365
    WA : +855 87781483 :)
    Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)

    ReplyDelete